tanya sama hati


Assalamualaikum..
Lama linda tak menulis ye.Stop sekejap jauhkan diri dari bende yang berteknologi,sibukkan diri then realize eh ok jugak not that bad..hehe(gelak sopan)
Tahu tak linda ni ada rasa macam 2014 ni linda want to do something new .Change my routine bosan la asik buat bende sama dan salah satunya ialah rasa nak tuka kerja baru but, I really really really love with the company im working rite now.. the environment the people dan linda tahu takkan jumpa kat tempat lain.Tapi this is life tak semua benda kita suka kita boleh hold lama-lama betul tak?.
Then nak jadi cerita a few back days mama call and soalan mama buat otak berhenti berpikir sekejap memang killer question kalah tahap soalan final ACCA.Mama tanya lin taknak balik kampung ke kerja kat kampung ? me like arrrr…. Mama macam boleh baca ape dalam otak linda yang linda ni nak buat something new tapi balik kampung ..hermm.. krikkrikkrik bunyi cengkerik . Terus linda cakap kat mama gym macamane .haha alasan paling tak munasabah kan .but that’s the truth .Perkara pertama linda fikir mana aku nak cari kelas gym kat teluk intan nun.Mama terus cakap “ehhh banyak je gym kat teluk intan ni .. me like .. T_T
Fikir-fikir linda takde ape pon dekat kl ni .Yes memang la adik beradik linda semua kat sini tapi diorang pun dah ade family masing-masing linda sendiri taktau apa yang linda tunggu dekat sini.Macam linda wait for something that I didn’t know apebende.Sekarang mama dengan ayah selalu sakit-sakit and selalu bila diorang cerita tak sihat betapa linda harap linda ade dekat sana .Linda ni tak la rajin sangat tapi at least I was there jadi driver bawak mama ngan ayah  kulu kilior pun jadila.
Haiii lah tepuk hati tanye…? Tanya siapa linda ..arrr takde jawapan
Oklah bye..it’s Monday and kene rajin kickstart kate orang keje pun berlambak..
Assalamualaikum kesayangan :)  

signature

Entry Beremosi


Assalamualaikum..
Arr malas menulis kebelakangan ni maafkan saya..maafkan saya (sambil tunduk ala-ala orang jepun) kenkonon taknak menulis pasal malas nak bersosial di media social nak menghadap alam reality depan mata tapi bosan pulak..hehe
Tahu tak serius rasa nak gila minggu ni.Minggu beremosi.Linda ni ada masa bila nak hampir bulan mengambang ada habbit yang pelik iaitu I like to attach.Dulu masa wujud si “dia” dalam hidup sampai rimas-rimas orang tu kejap-kejap call kejap-kejap sms it just my syndrome nak buek acane.
Sekarang ni im alone and nobody to attach tu maka kawan-kawan alam maya la jadi mangsa of course la mereka tak faham linda acane kan and then mestilah rasa saya ni pelik kan tapi as I said nak buat cane it just my syndrome.
Partner in crime mr complicated pulak entah pergi manaaaa..eishh geram tahu.Kalau tidak kacau dia sampai lebam.Disebabkan takda orang nak diganggu maka kenangan itu datang lagi ,lagi dan lagi sampai rasa nak meletup.Airmata je la jawabnya bebudak office ni pulak perasan jelah hoii..Kasi can saya lepas perasaan boleh tak..haha
Tapi linda tahu at this time linda sangat memerlukan kekuatan n ketenangan yang mana hadir setiap kali linda dekatkan diri dengan Allah.

Oklah sekianlah entry beremosi.
Assalamualaikum..

signature

diet owh diet


Assalamualaikum..
Saya happy harini anda happy..tak happy? Janganlah macam tu senyum sikit ;)
Linda harini nak cerita pasal diet.Diet owh diet perkara yang tak ramai orang suka kan.Sejak duemenjak ni kan linda go to gym so,sudah jadi obsess dengan perkara-perkara ini.Jadi linda yang obses dan gigih ni pun mulalah follow Kevin zahri haha..
Then ikut website kelab diet.Tapiiiii…kan ada tapi.Kadang-kadng tekak rasa nak makan itu ini.Linda pun takdelah sampai tak makan apa sekarang cumenye linda ikut petua Kevin nasik segenggam tapi lauk membukit tak tahu la Kevin tu lauk dia membukit ke tidak.Linda akan makan lauk banyak kenyang jugak.Dulu linda bila teringin nak makan apa-apa linda akan rasa ya allah what have I done lepas makantu then asik la membelek kandungan kalori dekat belakang makanan tu.Kadang linda macam terpikior kata orang perak mamat Kevin ni takde craving ke? Like I always do.Kebetulan malam tu dia upload dekat facebook dia makan pizza then baru la rasa cam dia pun manusia jugak kan takkan la takde craving.
Ok now cakap bab serius sikit ade orang tanye “eh kao kenape ke tetiba sibuk nak diet,gym bagai” 1st saya akan cakap this is for myself.Sebab ape? Sebab I want people to appreciate me more bukan la maksud saya orang size comel ni orang tak appreciate as I said “more”.Sounds like me tamak kan..muahahaha.Mungkin orang akan cakap u meet the wrong guy before jangan la nak rasa kau sangat yang bersalah.No its not about that.Linda tak rasa bersalah pun just linda faham lumrah mereka.Allah mencipta mereka begitu.Linda hanya mahu menjadi yang lebih baik.
Oklah taknak cakap banyak I afraid I will mengguris hati orang.Doakan my mission berjaya ok.Kalau tak berjaya pun at least I try ;)

Oklah kesayangan
Assalamualaikum..

signature

ketika cinta bertasbih


Assalamualaikum semua..
Harini rasa nak menulis pulak.Entah kenapa.Mood dating tiba-tiba :)
Jodoh itu sesuatu yang pelik kan.Diluar jangka kadang mereka yang kawan bertahun dan meyangka itu jodoh mereka tapi kesudahanya tak seperti yang dijangka.Kadang baru kenal sehari dua tiba-tiba terfikir untuk bersama.Macam fiza dengan adam.Menarik kan?
Setiap manusia atas muka bumi ni dah ada jalan ceritanya sendiri kita hanya menjayakan watak di dalam cerita kita.
Bila sebuah perhubungan putus ditenggah jalan pastilah sakit.Lelaki atau perempuan sama saja apa yang mereka rasa iaitu kekecewaan.Tapi percayalah pada Allah dia merancang yang terbaik.Pasti ada yang lebih baik.Bila mengingatkan itu hati kita akan lebih tenang.Tapi, untuk mendapat yang baik kita haruslah berubah kea rah yang lebih baik.Linda tahu linda pun tidaklah sebaik mana tapi linda mencuba menjadi yang lebih baik.Allah tahu.
Ada satu malam linda tengok cerita ketika cinta bertasbih.Cerita tu 4 jam sebab ada episode 1 dan 2.Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang berusaha mencari jodohnya.Berusaha dan berusaha tetapi ada saja masalah yang dihadapinya.Tapi dalam perjalanan dia mencari jodohnya dia bertemu seorang gadis yang hanya dia bertemu beberapa kali sahaja.Setelah bertahun dia mencari jodohnya dia kembali ke kampung halaman lalu dia lalu dia bertemu gadis tadi.Tapi sayangnya gadis itu sudah mahu bernikah.Lelaki itu percaya itu takdir allah.Dia mencari lagi dan lagi dan pernah bertunang dengan seseorang tetapi putus.Manakala gadis yang diminatinya secara diam tadi telah bercerai tetapi tiada siapa yang mengetahuinya kecuali keluarganya sendiri memandangkan ayahnya seorang orang alim yang dihormati.Setelah lelaki itu habis daya dia meminta bantuan ayah gadis itu mencarikan jodoh untuknya.Ayah gadis itu bertanya pada lelaki tadi sudikah dia menerima seorang perempuan bergelar janda tetapi yang baik akhlaknya.Lelaki itu berkata dia sudi.So,happy ending
Bukankah aturan Allah itu indah mereka berjumpa dengan orang lain bernikah tapi jodoh menemukan mereka kembali.Panjang betul linda menaip kali ni kan tapi seriously part ending hati linda sayu sangat sebab linda dapat rasa yang allah tak pernah kejam pada hambanya.
Worth to watch ketika cinta bertasbih..
Oklah kesayangan .assalamualaikum
signature

Cinta Mati


Assalamualaikum semua.
Beberapa harini otak blank pulak.Idea nak menulis blog pun tak mencurah-curah macam selalu.Ada la beberapa topik linda rasa nak tulis tapi takut menyentuh sensitivity sesetengah pihak pulak.Kalau blog asik hentam orang pun tak sedap jugak kan.Keyboard warrior sangat.
Oklah disebabkan takde idea linda nak tuju lagu boleh.Haha.Lagu favorite all the time linda.Cinta Mati by Ahmad dhani and Agnes monica.
Masa zaman study dulu roommate linda aka bestfriend linda aka my caretaker suke benor cakap linda ni pecinta mati ;p.Haha
So here the lyrics.Kalau nak dengar lagu dia pergi cari encik youtube ok.

Cinta Mati - Agnes Monica feat. Ahmad Dhani


 Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku rindu
Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku cinta
masihkah mungkin hatimu berkenan
menerima hatiku untukmu
Reff: cintaku sedalam samudera
setinggi langit di angkasa kepadamu
cintaku sebesar dunia
seluas jagad raya ini kepadamu
kepadamu
signature

my bestfriend4ever


Assalamualaikum semua..
Linda tak menulis isnin hari tu kan.Balik kampung raya haji la katakan.I have a thousand reason untuk balik kampung tahu tapi reason yang utama mestila sebab mama ngan ayah.Reason lain ? the place itself,the hot weather, the delicious food, the people and everything  about teluk intan.
Boleh kata everytime,everytime linda balik kampung linda akan meet up with this 2 senget.haha .Meet my besties lala and jaja.
Mereka-mereka ni schoolmate linda masa dekat convent.Kita masa zaman sekolah dengan zaman lepas sekolah berbeza kan .Cara kita berfikir,cara kita membuat keputusan kadang-kadang kita pelik tengok kawan schoolmate kita dulu berfikir sedangkan dulu mereka bijak pandai dekat sekolah tapi bila kita baca status mereka dekat facebook kite geleng-geleng kepala tepuk dahi.haha
Linda dengan this two senget pun macamtu jugak bukan selalu berfikir dengan cara yang sama.Lala umpama orang yang takde perasaan while jaja si degil sedegil degil alam me? Herm..Tanya diorang lah.They know me so well.Kuat merajuk kot.
Selalunye aktiviti yang kiteorang akan buat melepak bercerita sampai lupa semua masalah .Gelak-gelak dengan lawak bodoh.Kadang-kadang bila datang gila kita,kita akan pergi karaoke .Jaja yang mula-mula taknak pergi die akan nyanyi fefeling sekali.haha
I just love the different between us girls ,perbezaan itu yang buat kite sentiasa ada topic untuk bersembang walaupun lama tak jumpe kan.

Oklah .so this is them.Meet my besties

signature

hello monday


Assalamualaikum kesayangan..
Stress ke tu..jangan stress stress .Walaupun harini kerja bertimbun ke atau harini lebih sedih dari semalam ke..tenang.. Inhale and exhale bak kata instructor kacak linda.
Harini linda nak share tips hilangkan stress yang very effective for me.Sebelum tu linda nak tanya apa yang boleh buat kite stress.Masaalah problem la yang buat kite stress kan. Stress dengan kerja dengan life..
Orang perempuan cara hilangkan stress mereka agak unik.Unik ke pelik ye.. :D unik mungkin .Setengah mereka suka shopping tapi not work out for me.Ada masalah pergi shopping tambah masalah namanya tu.. :D ..habis duit la kalau macamtu kan.
For me when I’m stress I like to eat tapi bukanla makan apa sahaja depan mata.Saya akan cari ais krim.Sebab ape ye.. Maybe sebab die kan sejuk bila die lalu kat hati die rasa sejukjer so, macam hilang sekejap stress tu..
Teringat kejadian beberapa hari lepas linda 1st day gaji beli snowgurt ehh sedap jugak tau saing dengan tutti frutti je rasa dia.
So,balik rumah duduk kat meja depan tv while my housemate tengah makan nasik lemak then she ask me “aiskrim je?” then I nod  then I said terapi die gelak.Then dia cakap ni terapi sambil point nasik lemak die then we laugh,
Kita ada macam-macam cara kan untuk release our stress.Semua masaalah ada penyelesaian tak ada yang tiada bagi linda selagi masalah tu tak sampai tahap melibatkan bende yang terlalu drastic tak perlu la kite terlalu memikirkanya,Bersyukurla kite masih bernafas.

Hah lagi satu tips untuk hilangkan stress cube dengar zikir terapi hafiz hamidun serta merta rase rileks.

Ok c ya next post kesayangan.
Assalamualaikum.

signature

it's all about trust


Assalamualaikum bloggers..
Selamat hari isnin ..betul ke ye Love is all about trust .Trust perkataan yang mudah untuk diungkapkan melakukannye tak semudah itu pon.Percaya ke kalau linda kata linda ni percaya sangat-sangat dengan orang.Asal namanya orang linda percaya.Mungkin sebab dalam family kami dah biasa diajar trust each other.Mama dengan ayah sangat percaya kan kiteorang .Tu la masa remaja linda ni nakal :D ..sebab percaya sangat kot .Tapi bila dah dewasa sikit dah boleh berfikir so jadi manusia balik.

Korang tahu tak linda ni dulu sangat percaya kan orang.Contohnya linda nak balik kampong then nak pergi toilet tapi beg besar lepastu nampak macam ade someone yang friendly kat situ linda akan cakap kat die “ tolong tengokkan beg saya sekejap boleh tak saya nak pergi toilet”..haha come on man this is key ell sekelip mata die boleh ambik beg linda tanpa rompak pun,Haish tapi tu lah previous me.

Now,tak tau la nak cakap.Tak percaya sesiapa ke eh tak jugak.Linda percaya orang yang dah kenal lama.Tapi new person, strangers.Susah sangat nak percaya.Someone
told me lies and heart broken ruin many thing and ya,exactly rite now it totally ruin my trust to people around me.Linda tak salahkan sesiapa maybe its me.Just me and to fix it I don’t know how.Mungkin linda selalu berdoa dekat Allah bersihkan hati dari sifat dendam and benci sesama manusia dan dari sifat riak dan takbur linda terlupa nak mintak kat Allah supaya bersihkan hati dari buruk sangka dengan orang lain.Tapi terlampau berbaik sangka pon masaalah kan..herm Linda nak mintak maaf secara terbuka dekat sini pada sesiapa yang linda ada buruk sangka.Kekhilafan yang tak dapat dielakkan.

Oklah luf.assalamualaikum.
signature

Hey!!! it's my day


Assalamualaikum semua..
Sejahtera ke atas kamu hendaknya.Tau tak harini hari apa hari isnin kan dimana semua orang akan ada Monday blues.But not for me.Today,harini dimana linda dilahirkan.Keluar dari rahim ibu melihat dunia buat kali pertama dengan pandangan yang kabur dan menangis.Tapi mama cakap linda tak menangis pon sebab tidur.Kena tepuk-tepuk dengan doctor baru nangis.

Terima kasih Allah kerna tiupkan roh linda dalam agamamu, kedalam rahim ibu yang penyayang, kedalam keluarga yang sayang menyayang, kedalam kehidupan yang tidak  mewah tapi sederhana.
Terima kasih Allah..

Terima kasih keluarga hidup 28 tahun tak pernah merasa keperitan hidup.Terima kasih sahabat kerana sentiasa ada di sisi disaat memerlukan.

Malam ni takkan macam malam sebelum-sebelum dimana akan ada makan malam istimewa.Malam ni hanya malam sederhana dimana linda akan hadiahkan diri semangkuk tutti frutti.haha :D

Ada orang nak bagi linda hadiah ke.Tak payah la susah-susah tapi kalau nak bagi bungkuskan linda seorang lelaki kacak berbadan ketak dan pandai menari..  haha lameee joke.

Oklah assalamualaikum.
signature

happy bufday ayah


Assalamualaikum semua..
Seronoknya minggu ni kan kerja 4 hari je.Last week linda balik kampong.Linda memang wajib balik kampong satu bulan 1 kali at least. Bukan apa bila parents kita still ada,masa tu la kita nak spend masa dengan diorang pon.
Balik kali ni special sikit bukan sebab hari Malaysia je.Sebab 16 hb bufday my hero.My dad.
Orang lain linda taktau macamane relationship diorang dengan ayah diorang tapi saya dengan ayah memang manja.Kadang-kadang rimas sebab ayah treat kita macam budak kecik. Don’t do this don’t do that.hehe.tapi bab personal ayah tak pernah la control.
Ayah saya ni lembut,sangat baik orangnya senang tersenyum.Dulu masa dia muda-muda kakak dengan abang linda cakap ayah garang maybe sebab ayah askar,tapi linda tak rasa pun mungkin sebab linda second last ayah dah cool down.Linda tak pernah kene pukul pun paling teruk pun kene kunci luar gate sebab balik main lepas maghrib.Sampai sekarang lin ingat ayah..hehe
Ayah lin takda banyak duit nak bawak ayah pusing satu dunia.All i have is my love for u and doa untuk ayah

Happy bufday ayah.
From ur little girl lin

Assalamualaikum <3>
signature

Wish me luck


Assalamualaikum semua.salam isnin J.
Harini linda nak cerita apa yang linda buat last week.Last week memang super duper punye busy.Sabtu tu as usual linda kerja, balik kerja pergi rumah rara dia buat open house pergi dengan anna.Thanks rara for the delicious spaghetti and nasik beriani banyak akak makan langgar segala pantang larang diet haritu :D.Eh adik akak dah jatuh cinta dengan cheese tart rara nanti kasi resepi ye.
Balik tu siapkan assignment..haish nilah nak cerita betapa masa tu cepat sangat berjalankan.Baru hari tu linda daftar subjek rasanya, ni dah nak exam.Masa tak menunggu kita,kita kena kejar die kan rasa macam tak ready ape lagi tup-tup exam.
Masa mula-mula linda ambik keputusan untuk sambung ambik pjj sebenarnya takde la linda nak sangat pun tapi ayah suruh apply so I just apply.Dapat pulak siapa sangka ayah more happy then me.Tengok dia happy tak sampai hati pulak cakap taknak,yelah kita fikir.Kita dah stable keje ok nape nak study lagikan..haha alasan orang malas.Tapi tak sampai hati tengok ayah sedih.Maka bermulalah perjalan linda as employee cum sudent.Bunyipun dah toughkan apa lagi la yang laluinya tapi sedar tak sedar it’s already my 6 semester kagum kan.
Im a silent reader of sis Hannah johary punya  blog and baca blog dia baru ni dia pun dah continue study macam linda.Tapi linda kagum gila dengan dia bayangkan everyday balik kerja dia akan stay dekat mall study sampai malam then baru balik rumah.Sebab dia tau kalau dia balik rumah dia tak study sebab dia ade 2 daughter kat rumah.Kagum kan a mother boleh give that effort. Linda ni single lagi takde nak jaga siapa-siapa tapi lahaii pemalas.. :D .

Ok guys doakan yang baik-baik untuk linda ye semoga linda dapat jawap exam dengan tenang. Assalamualaikum.

signature

Open Office

Assalamualaikum bloggers darls.Hari rabu yang indah kan harini.Harini office linda buat open house.Open house kalau kite buat dekat rumah kan ni kat office so open office la kot :p. Selalu kalau company-company besar open office ni buat besar-besaran kan siap bukak khemah bagai.Tapi kami tidaklah office kami ni kecik sahaja pekerja pon tak sampai 30 orang.Melayunya pun baru nak 10 orang.


Majlis kami yang kecik ni walaupun sedarhana meriah sangat dari big boss sampai small boss sampai yang tak boss join majlis ni.Seronok kan bila kita together dalam majlis-majlis macamni lupa sekejap mana boss mana tidak rasa macam kawan-kawan je semua.

Linda dah kerja dekat sini dah 3 years.Tak sangka rasa macam baru je masuk sini.Sebelum ni kerja dua company yang berbeza.Dua-dua setahun saja linda stay.Takk…Linda tak fussy lah jangan salah faham.Cuma company pertama rasa macam takda life siang malam kerja.Company kedua pulak kerja best mencabar sangat gaji pulak sedih sangat.hehe

Disini kat company ni Linda selesa sangat kawan-kawan baik sangat tanpa kira bangsa.Boss ke tak boss ke sama je treat kita macam friend.Linda tak pernah pun bangun pagi dan rasa macam malas nak pergi kerja sebab office feels like my second home.

Oklah so long till see u in my next post.Nak sambung makan.daaa…assalamualaikum
signature

Last weekend


Assalamualaikum bloggers kesayangan.Harap sentiasa bahagia.Last weekend was so fun and full of activity.Rasa nak tercabut kaki linda berjalan.
Hari sabtu adik kepada mama buat open house sempana raya..Meriah sangat pukul 12.30 buat bacaan yassin pastu lepas solat jemaah zohor acara makan-makan.Banyak giler lah makanan …pheww.Ada siseksi juga iaitu kambing gelek.. :D
Sebelah malam pulak linda keluar jalan-jalan dengan andy n ana pergi time square balik tu singgah berkaraoke.mahal-mahal la karaoke dekat bukit bintang tanye dekat neway satu kepala 55++ pastu red box 48++ mahal giler kan nasib kiteorang tanye dekat kbox tu okla 2jam 68.

Hari ahad pulak linda keluar jalan dengan ana pergi jalan pavi.ana nak cari running shoes tapi sudahnya tak beli ponn linda pulak nak cari baju jalan.Lama tak shopping baju jalan rasanya.

I’m so happy and fell bless.Saya dengan adik beradik sangat rapat. Walaupun selepas ada yang berkhawin.Kasih sayang antara kami tak pernah berubah.Mungkin sebab mama dengan ayah sayang menyayangi antara sesame mereka maka kasih sayang itu merebak kepada kami.Kepada mama and ayah terima kasih sebab didikan mama dan ayah lin menjadi insan yang seperti ini hari ini.lin menjadi insan yang sangat pemaaf dan tak pandai benci membenci.

Oklah so long bloggers.see u in my next post.assalamualaikum
signature

Untuk awak disana


Assalamualaikum bloggers2 kesayangan..
Waktu linda menulis ni hati dan fikiran linda terfikirkan dia.bukan dia “dia” yang linda maksudnya. Dia itu hadirnya baru-baru ni. Hadirnya dia sejukkan jiwa. Tapi hati masih dalam ketakutan tak sanggup terluka bila hati masih luka berdarah.

Tapi linda selalu fikirkan yang buruk tentang dia.Mungkin paranoid ..mungkin.Dia pun baru je dikenali tak patut linda menaruh kepercayaan pada dia.Sedangkan yang kenal lagi boleh menyakiti inikan pula yang baru kenal sehari dua.

Tapi sungguh hadirnya sejukkan hati.Kata-katanya pemberi semangat.Moga awak disana hadir dalam hidup saya bukan seketika.

signature

Bertabahlah hati

Hai bloggers sekalian..lama tak menulis.rindu.atau mungkin lepas ni kena makin rajin menulis.Sebab menulis ni sikit-sikit boleh melegakan hati. :)


Hidup makin mencabar sebab dia pun dah tak ada di sisi.Sakit,Pedih,Perit semua ada.
Bergabung menjadi satu.Tapi tak apelah ujian allah untuk insan yang bernama linda.Redha, itu yang selalu saya inggatkan dalam diri.Allah sgt syg pada hambanya dan insan bernama linda ni selalu lupa padaNya.

Perpisahan ni mengajar linda supaya lepas ni jangan sayang seseorang lebih dari diri sendiri.apa-apa pun sayanglah diri sendiri dulu,Bila hati dah terdetik ada sesuatu yang tak kena dengarlah kata-kata hati tu.hati tak menipu pada tuanya.

Jodoh saya bukan besama dia.Saya redha.sekarang yang paling susah untuk dilupakan adalah kenangan.Kemana saya pergi hanya bayangan dia dimana-mana.Kadang saya kata saya kuat,saya kuat ulang 100 kali.Tapi tiba-tiba saya menangis tanpa sedar.

Habiskan masa dengan keluarga,dekatkan diri dengan Allah hanya itu yang mampu saya lakukan sekarang.Saya percaya tiada duka yang abadi pasti indah akhirnya.ya allah kuatkan hati hambamu.

signature