ketika cinta bertasbih


Assalamualaikum semua..
Harini rasa nak menulis pulak.Entah kenapa.Mood dating tiba-tiba :)
Jodoh itu sesuatu yang pelik kan.Diluar jangka kadang mereka yang kawan bertahun dan meyangka itu jodoh mereka tapi kesudahanya tak seperti yang dijangka.Kadang baru kenal sehari dua tiba-tiba terfikir untuk bersama.Macam fiza dengan adam.Menarik kan?
Setiap manusia atas muka bumi ni dah ada jalan ceritanya sendiri kita hanya menjayakan watak di dalam cerita kita.
Bila sebuah perhubungan putus ditenggah jalan pastilah sakit.Lelaki atau perempuan sama saja apa yang mereka rasa iaitu kekecewaan.Tapi percayalah pada Allah dia merancang yang terbaik.Pasti ada yang lebih baik.Bila mengingatkan itu hati kita akan lebih tenang.Tapi, untuk mendapat yang baik kita haruslah berubah kea rah yang lebih baik.Linda tahu linda pun tidaklah sebaik mana tapi linda mencuba menjadi yang lebih baik.Allah tahu.
Ada satu malam linda tengok cerita ketika cinta bertasbih.Cerita tu 4 jam sebab ada episode 1 dan 2.Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang berusaha mencari jodohnya.Berusaha dan berusaha tetapi ada saja masalah yang dihadapinya.Tapi dalam perjalanan dia mencari jodohnya dia bertemu seorang gadis yang hanya dia bertemu beberapa kali sahaja.Setelah bertahun dia mencari jodohnya dia kembali ke kampung halaman lalu dia lalu dia bertemu gadis tadi.Tapi sayangnya gadis itu sudah mahu bernikah.Lelaki itu percaya itu takdir allah.Dia mencari lagi dan lagi dan pernah bertunang dengan seseorang tetapi putus.Manakala gadis yang diminatinya secara diam tadi telah bercerai tetapi tiada siapa yang mengetahuinya kecuali keluarganya sendiri memandangkan ayahnya seorang orang alim yang dihormati.Setelah lelaki itu habis daya dia meminta bantuan ayah gadis itu mencarikan jodoh untuknya.Ayah gadis itu bertanya pada lelaki tadi sudikah dia menerima seorang perempuan bergelar janda tetapi yang baik akhlaknya.Lelaki itu berkata dia sudi.So,happy ending
Bukankah aturan Allah itu indah mereka berjumpa dengan orang lain bernikah tapi jodoh menemukan mereka kembali.Panjang betul linda menaip kali ni kan tapi seriously part ending hati linda sayu sangat sebab linda dapat rasa yang allah tak pernah kejam pada hambanya.
Worth to watch ketika cinta bertasbih..
Oklah kesayangan .assalamualaikum
signature

Cinta Mati


Assalamualaikum semua.
Beberapa harini otak blank pulak.Idea nak menulis blog pun tak mencurah-curah macam selalu.Ada la beberapa topik linda rasa nak tulis tapi takut menyentuh sensitivity sesetengah pihak pulak.Kalau blog asik hentam orang pun tak sedap jugak kan.Keyboard warrior sangat.
Oklah disebabkan takde idea linda nak tuju lagu boleh.Haha.Lagu favorite all the time linda.Cinta Mati by Ahmad dhani and Agnes monica.
Masa zaman study dulu roommate linda aka bestfriend linda aka my caretaker suke benor cakap linda ni pecinta mati ;p.Haha
So here the lyrics.Kalau nak dengar lagu dia pergi cari encik youtube ok.

Cinta Mati - Agnes Monica feat. Ahmad Dhani


 Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku rindu
Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku cinta
masihkah mungkin hatimu berkenan
menerima hatiku untukmu
Reff: cintaku sedalam samudera
setinggi langit di angkasa kepadamu
cintaku sebesar dunia
seluas jagad raya ini kepadamu
kepadamu
signature

my bestfriend4ever


Assalamualaikum semua..
Linda tak menulis isnin hari tu kan.Balik kampung raya haji la katakan.I have a thousand reason untuk balik kampung tahu tapi reason yang utama mestila sebab mama ngan ayah.Reason lain ? the place itself,the hot weather, the delicious food, the people and everything  about teluk intan.
Boleh kata everytime,everytime linda balik kampung linda akan meet up with this 2 senget.haha .Meet my besties lala and jaja.
Mereka-mereka ni schoolmate linda masa dekat convent.Kita masa zaman sekolah dengan zaman lepas sekolah berbeza kan .Cara kita berfikir,cara kita membuat keputusan kadang-kadang kita pelik tengok kawan schoolmate kita dulu berfikir sedangkan dulu mereka bijak pandai dekat sekolah tapi bila kita baca status mereka dekat facebook kite geleng-geleng kepala tepuk dahi.haha
Linda dengan this two senget pun macamtu jugak bukan selalu berfikir dengan cara yang sama.Lala umpama orang yang takde perasaan while jaja si degil sedegil degil alam me? Herm..Tanya diorang lah.They know me so well.Kuat merajuk kot.
Selalunye aktiviti yang kiteorang akan buat melepak bercerita sampai lupa semua masalah .Gelak-gelak dengan lawak bodoh.Kadang-kadang bila datang gila kita,kita akan pergi karaoke .Jaja yang mula-mula taknak pergi die akan nyanyi fefeling sekali.haha
I just love the different between us girls ,perbezaan itu yang buat kite sentiasa ada topic untuk bersembang walaupun lama tak jumpe kan.

Oklah .so this is them.Meet my besties

signature

hello monday


Assalamualaikum kesayangan..
Stress ke tu..jangan stress stress .Walaupun harini kerja bertimbun ke atau harini lebih sedih dari semalam ke..tenang.. Inhale and exhale bak kata instructor kacak linda.
Harini linda nak share tips hilangkan stress yang very effective for me.Sebelum tu linda nak tanya apa yang boleh buat kite stress.Masaalah problem la yang buat kite stress kan. Stress dengan kerja dengan life..
Orang perempuan cara hilangkan stress mereka agak unik.Unik ke pelik ye.. :D unik mungkin .Setengah mereka suka shopping tapi not work out for me.Ada masalah pergi shopping tambah masalah namanya tu.. :D ..habis duit la kalau macamtu kan.
For me when I’m stress I like to eat tapi bukanla makan apa sahaja depan mata.Saya akan cari ais krim.Sebab ape ye.. Maybe sebab die kan sejuk bila die lalu kat hati die rasa sejukjer so, macam hilang sekejap stress tu..
Teringat kejadian beberapa hari lepas linda 1st day gaji beli snowgurt ehh sedap jugak tau saing dengan tutti frutti je rasa dia.
So,balik rumah duduk kat meja depan tv while my housemate tengah makan nasik lemak then she ask me “aiskrim je?” then I nod  then I said terapi die gelak.Then dia cakap ni terapi sambil point nasik lemak die then we laugh,
Kita ada macam-macam cara kan untuk release our stress.Semua masaalah ada penyelesaian tak ada yang tiada bagi linda selagi masalah tu tak sampai tahap melibatkan bende yang terlalu drastic tak perlu la kite terlalu memikirkanya,Bersyukurla kite masih bernafas.

Hah lagi satu tips untuk hilangkan stress cube dengar zikir terapi hafiz hamidun serta merta rase rileks.

Ok c ya next post kesayangan.
Assalamualaikum.

signature