it's all about trust


Assalamualaikum bloggers..
Selamat hari isnin ..betul ke ye Love is all about trust .Trust perkataan yang mudah untuk diungkapkan melakukannye tak semudah itu pon.Percaya ke kalau linda kata linda ni percaya sangat-sangat dengan orang.Asal namanya orang linda percaya.Mungkin sebab dalam family kami dah biasa diajar trust each other.Mama dengan ayah sangat percaya kan kiteorang .Tu la masa remaja linda ni nakal :D ..sebab percaya sangat kot .Tapi bila dah dewasa sikit dah boleh berfikir so jadi manusia balik.

Korang tahu tak linda ni dulu sangat percaya kan orang.Contohnya linda nak balik kampong then nak pergi toilet tapi beg besar lepastu nampak macam ade someone yang friendly kat situ linda akan cakap kat die “ tolong tengokkan beg saya sekejap boleh tak saya nak pergi toilet”..haha come on man this is key ell sekelip mata die boleh ambik beg linda tanpa rompak pun,Haish tapi tu lah previous me.

Now,tak tau la nak cakap.Tak percaya sesiapa ke eh tak jugak.Linda percaya orang yang dah kenal lama.Tapi new person, strangers.Susah sangat nak percaya.Someone
told me lies and heart broken ruin many thing and ya,exactly rite now it totally ruin my trust to people around me.Linda tak salahkan sesiapa maybe its me.Just me and to fix it I don’t know how.Mungkin linda selalu berdoa dekat Allah bersihkan hati dari sifat dendam and benci sesama manusia dan dari sifat riak dan takbur linda terlupa nak mintak kat Allah supaya bersihkan hati dari buruk sangka dengan orang lain.Tapi terlampau berbaik sangka pon masaalah kan..herm Linda nak mintak maaf secara terbuka dekat sini pada sesiapa yang linda ada buruk sangka.Kekhilafan yang tak dapat dielakkan.

Oklah luf.assalamualaikum.
signature

Hey!!! it's my day


Assalamualaikum semua..
Sejahtera ke atas kamu hendaknya.Tau tak harini hari apa hari isnin kan dimana semua orang akan ada Monday blues.But not for me.Today,harini dimana linda dilahirkan.Keluar dari rahim ibu melihat dunia buat kali pertama dengan pandangan yang kabur dan menangis.Tapi mama cakap linda tak menangis pon sebab tidur.Kena tepuk-tepuk dengan doctor baru nangis.

Terima kasih Allah kerna tiupkan roh linda dalam agamamu, kedalam rahim ibu yang penyayang, kedalam keluarga yang sayang menyayang, kedalam kehidupan yang tidak  mewah tapi sederhana.
Terima kasih Allah..

Terima kasih keluarga hidup 28 tahun tak pernah merasa keperitan hidup.Terima kasih sahabat kerana sentiasa ada di sisi disaat memerlukan.

Malam ni takkan macam malam sebelum-sebelum dimana akan ada makan malam istimewa.Malam ni hanya malam sederhana dimana linda akan hadiahkan diri semangkuk tutti frutti.haha :D

Ada orang nak bagi linda hadiah ke.Tak payah la susah-susah tapi kalau nak bagi bungkuskan linda seorang lelaki kacak berbadan ketak dan pandai menari..  haha lameee joke.

Oklah assalamualaikum.
signature

happy bufday ayah


Assalamualaikum semua..
Seronoknya minggu ni kan kerja 4 hari je.Last week linda balik kampong.Linda memang wajib balik kampong satu bulan 1 kali at least. Bukan apa bila parents kita still ada,masa tu la kita nak spend masa dengan diorang pon.
Balik kali ni special sikit bukan sebab hari Malaysia je.Sebab 16 hb bufday my hero.My dad.
Orang lain linda taktau macamane relationship diorang dengan ayah diorang tapi saya dengan ayah memang manja.Kadang-kadang rimas sebab ayah treat kita macam budak kecik. Don’t do this don’t do that.hehe.tapi bab personal ayah tak pernah la control.
Ayah saya ni lembut,sangat baik orangnya senang tersenyum.Dulu masa dia muda-muda kakak dengan abang linda cakap ayah garang maybe sebab ayah askar,tapi linda tak rasa pun mungkin sebab linda second last ayah dah cool down.Linda tak pernah kene pukul pun paling teruk pun kene kunci luar gate sebab balik main lepas maghrib.Sampai sekarang lin ingat ayah..hehe
Ayah lin takda banyak duit nak bawak ayah pusing satu dunia.All i have is my love for u and doa untuk ayah

Happy bufday ayah.
From ur little girl lin

Assalamualaikum <3>
signature

Wish me luck


Assalamualaikum semua.salam isnin J.
Harini linda nak cerita apa yang linda buat last week.Last week memang super duper punye busy.Sabtu tu as usual linda kerja, balik kerja pergi rumah rara dia buat open house pergi dengan anna.Thanks rara for the delicious spaghetti and nasik beriani banyak akak makan langgar segala pantang larang diet haritu :D.Eh adik akak dah jatuh cinta dengan cheese tart rara nanti kasi resepi ye.
Balik tu siapkan assignment..haish nilah nak cerita betapa masa tu cepat sangat berjalankan.Baru hari tu linda daftar subjek rasanya, ni dah nak exam.Masa tak menunggu kita,kita kena kejar die kan rasa macam tak ready ape lagi tup-tup exam.
Masa mula-mula linda ambik keputusan untuk sambung ambik pjj sebenarnya takde la linda nak sangat pun tapi ayah suruh apply so I just apply.Dapat pulak siapa sangka ayah more happy then me.Tengok dia happy tak sampai hati pulak cakap taknak,yelah kita fikir.Kita dah stable keje ok nape nak study lagikan..haha alasan orang malas.Tapi tak sampai hati tengok ayah sedih.Maka bermulalah perjalan linda as employee cum sudent.Bunyipun dah toughkan apa lagi la yang laluinya tapi sedar tak sedar it’s already my 6 semester kagum kan.
Im a silent reader of sis Hannah johary punya  blog and baca blog dia baru ni dia pun dah continue study macam linda.Tapi linda kagum gila dengan dia bayangkan everyday balik kerja dia akan stay dekat mall study sampai malam then baru balik rumah.Sebab dia tau kalau dia balik rumah dia tak study sebab dia ade 2 daughter kat rumah.Kagum kan a mother boleh give that effort. Linda ni single lagi takde nak jaga siapa-siapa tapi lahaii pemalas.. :D .

Ok guys doakan yang baik-baik untuk linda ye semoga linda dapat jawap exam dengan tenang. Assalamualaikum.

signature

Open Office

Assalamualaikum bloggers darls.Hari rabu yang indah kan harini.Harini office linda buat open house.Open house kalau kite buat dekat rumah kan ni kat office so open office la kot :p. Selalu kalau company-company besar open office ni buat besar-besaran kan siap bukak khemah bagai.Tapi kami tidaklah office kami ni kecik sahaja pekerja pon tak sampai 30 orang.Melayunya pun baru nak 10 orang.


Majlis kami yang kecik ni walaupun sedarhana meriah sangat dari big boss sampai small boss sampai yang tak boss join majlis ni.Seronok kan bila kita together dalam majlis-majlis macamni lupa sekejap mana boss mana tidak rasa macam kawan-kawan je semua.

Linda dah kerja dekat sini dah 3 years.Tak sangka rasa macam baru je masuk sini.Sebelum ni kerja dua company yang berbeza.Dua-dua setahun saja linda stay.Takk…Linda tak fussy lah jangan salah faham.Cuma company pertama rasa macam takda life siang malam kerja.Company kedua pulak kerja best mencabar sangat gaji pulak sedih sangat.hehe

Disini kat company ni Linda selesa sangat kawan-kawan baik sangat tanpa kira bangsa.Boss ke tak boss ke sama je treat kita macam friend.Linda tak pernah pun bangun pagi dan rasa macam malas nak pergi kerja sebab office feels like my second home.

Oklah so long till see u in my next post.Nak sambung makan.daaa…assalamualaikum
signature

Last weekend


Assalamualaikum bloggers kesayangan.Harap sentiasa bahagia.Last weekend was so fun and full of activity.Rasa nak tercabut kaki linda berjalan.
Hari sabtu adik kepada mama buat open house sempana raya..Meriah sangat pukul 12.30 buat bacaan yassin pastu lepas solat jemaah zohor acara makan-makan.Banyak giler lah makanan …pheww.Ada siseksi juga iaitu kambing gelek.. :D
Sebelah malam pulak linda keluar jalan-jalan dengan andy n ana pergi time square balik tu singgah berkaraoke.mahal-mahal la karaoke dekat bukit bintang tanye dekat neway satu kepala 55++ pastu red box 48++ mahal giler kan nasib kiteorang tanye dekat kbox tu okla 2jam 68.

Hari ahad pulak linda keluar jalan dengan ana pergi jalan pavi.ana nak cari running shoes tapi sudahnya tak beli ponn linda pulak nak cari baju jalan.Lama tak shopping baju jalan rasanya.

I’m so happy and fell bless.Saya dengan adik beradik sangat rapat. Walaupun selepas ada yang berkhawin.Kasih sayang antara kami tak pernah berubah.Mungkin sebab mama dengan ayah sayang menyayangi antara sesame mereka maka kasih sayang itu merebak kepada kami.Kepada mama and ayah terima kasih sebab didikan mama dan ayah lin menjadi insan yang seperti ini hari ini.lin menjadi insan yang sangat pemaaf dan tak pandai benci membenci.

Oklah so long bloggers.see u in my next post.assalamualaikum
signature