diet owh diet


Assalamualaikum..
Saya happy harini anda happy..tak happy? Janganlah macam tu senyum sikit ;)
Linda harini nak cerita pasal diet.Diet owh diet perkara yang tak ramai orang suka kan.Sejak duemenjak ni kan linda go to gym so,sudah jadi obsess dengan perkara-perkara ini.Jadi linda yang obses dan gigih ni pun mulalah follow Kevin zahri haha..
Then ikut website kelab diet.Tapiiiii…kan ada tapi.Kadang-kadng tekak rasa nak makan itu ini.Linda pun takdelah sampai tak makan apa sekarang cumenye linda ikut petua Kevin nasik segenggam tapi lauk membukit tak tahu la Kevin tu lauk dia membukit ke tidak.Linda akan makan lauk banyak kenyang jugak.Dulu linda bila teringin nak makan apa-apa linda akan rasa ya allah what have I done lepas makantu then asik la membelek kandungan kalori dekat belakang makanan tu.Kadang linda macam terpikior kata orang perak mamat Kevin ni takde craving ke? Like I always do.Kebetulan malam tu dia upload dekat facebook dia makan pizza then baru la rasa cam dia pun manusia jugak kan takkan la takde craving.
Ok now cakap bab serius sikit ade orang tanye “eh kao kenape ke tetiba sibuk nak diet,gym bagai” 1st saya akan cakap this is for myself.Sebab ape? Sebab I want people to appreciate me more bukan la maksud saya orang size comel ni orang tak appreciate as I said “more”.Sounds like me tamak kan..muahahaha.Mungkin orang akan cakap u meet the wrong guy before jangan la nak rasa kau sangat yang bersalah.No its not about that.Linda tak rasa bersalah pun just linda faham lumrah mereka.Allah mencipta mereka begitu.Linda hanya mahu menjadi yang lebih baik.
Oklah taknak cakap banyak I afraid I will mengguris hati orang.Doakan my mission berjaya ok.Kalau tak berjaya pun at least I try ;)

Oklah kesayangan
Assalamualaikum..

signature

ketika cinta bertasbih


Assalamualaikum semua..
Harini rasa nak menulis pulak.Entah kenapa.Mood dating tiba-tiba :)
Jodoh itu sesuatu yang pelik kan.Diluar jangka kadang mereka yang kawan bertahun dan meyangka itu jodoh mereka tapi kesudahanya tak seperti yang dijangka.Kadang baru kenal sehari dua tiba-tiba terfikir untuk bersama.Macam fiza dengan adam.Menarik kan?
Setiap manusia atas muka bumi ni dah ada jalan ceritanya sendiri kita hanya menjayakan watak di dalam cerita kita.
Bila sebuah perhubungan putus ditenggah jalan pastilah sakit.Lelaki atau perempuan sama saja apa yang mereka rasa iaitu kekecewaan.Tapi percayalah pada Allah dia merancang yang terbaik.Pasti ada yang lebih baik.Bila mengingatkan itu hati kita akan lebih tenang.Tapi, untuk mendapat yang baik kita haruslah berubah kea rah yang lebih baik.Linda tahu linda pun tidaklah sebaik mana tapi linda mencuba menjadi yang lebih baik.Allah tahu.
Ada satu malam linda tengok cerita ketika cinta bertasbih.Cerita tu 4 jam sebab ada episode 1 dan 2.Cerita ni mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang berusaha mencari jodohnya.Berusaha dan berusaha tetapi ada saja masalah yang dihadapinya.Tapi dalam perjalanan dia mencari jodohnya dia bertemu seorang gadis yang hanya dia bertemu beberapa kali sahaja.Setelah bertahun dia mencari jodohnya dia kembali ke kampung halaman lalu dia lalu dia bertemu gadis tadi.Tapi sayangnya gadis itu sudah mahu bernikah.Lelaki itu percaya itu takdir allah.Dia mencari lagi dan lagi dan pernah bertunang dengan seseorang tetapi putus.Manakala gadis yang diminatinya secara diam tadi telah bercerai tetapi tiada siapa yang mengetahuinya kecuali keluarganya sendiri memandangkan ayahnya seorang orang alim yang dihormati.Setelah lelaki itu habis daya dia meminta bantuan ayah gadis itu mencarikan jodoh untuknya.Ayah gadis itu bertanya pada lelaki tadi sudikah dia menerima seorang perempuan bergelar janda tetapi yang baik akhlaknya.Lelaki itu berkata dia sudi.So,happy ending
Bukankah aturan Allah itu indah mereka berjumpa dengan orang lain bernikah tapi jodoh menemukan mereka kembali.Panjang betul linda menaip kali ni kan tapi seriously part ending hati linda sayu sangat sebab linda dapat rasa yang allah tak pernah kejam pada hambanya.
Worth to watch ketika cinta bertasbih..
Oklah kesayangan .assalamualaikum
signature

Cinta Mati


Assalamualaikum semua.
Beberapa harini otak blank pulak.Idea nak menulis blog pun tak mencurah-curah macam selalu.Ada la beberapa topik linda rasa nak tulis tapi takut menyentuh sensitivity sesetengah pihak pulak.Kalau blog asik hentam orang pun tak sedap jugak kan.Keyboard warrior sangat.
Oklah disebabkan takde idea linda nak tuju lagu boleh.Haha.Lagu favorite all the time linda.Cinta Mati by Ahmad dhani and Agnes monica.
Masa zaman study dulu roommate linda aka bestfriend linda aka my caretaker suke benor cakap linda ni pecinta mati ;p.Haha
So here the lyrics.Kalau nak dengar lagu dia pergi cari encik youtube ok.

Cinta Mati - Agnes Monica feat. Ahmad Dhani


 Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku rindu
Bagaimana caranya untuk
Agar kau mengerti bahwa
Aku cinta
masihkah mungkin hatimu berkenan
menerima hatiku untukmu
Reff: cintaku sedalam samudera
setinggi langit di angkasa kepadamu
cintaku sebesar dunia
seluas jagad raya ini kepadamu
kepadamu
signature